Photobucket

Tuesday, April 27, 2010

Jenis-jenis alat pemadam api mengikut kelas.

ALAT PEMADAM API (FIRE EXTINGUISHER)

Asas Pengenalan·
Adalah satu alat yang boleh mengawal dan memadam kebakaran pada peringkat awal. (fire aid firefighter)· Dikendalikan secara manual· Mengawal dan memadam kebakaran secara berkesan mengikut kelas api

.....................................................................................

1. DRY POWDER:SERBUK KERING - Serbuk kering yang bertindak melemaskan api dengan menutup permukaan punca kebakaran dan memutuskan kitaran hayat api (haba,bahan,oksigen).

2. CARBON DIOXIDE:CARBON DIOKSIDA -Sejenis gas yang bersih dan bersifat berlawanan dengan kitaran hayat api iaitu oksigen. Amat sesuai digunakan bagi kebakaran yang melibatkan perkakasan elektrik.

3. BUIH:FOAM -Biasanya digunakan bagi memadamkan kebakaran jenis minyak(cecair). Lazim digunakan oleh Bomba Jabatan Penerbangan.

4. AIR:WATER(H2O)-Biasanya digunakan bagi kebakaran jenis api pepejal seperti kebakaran kayu,kertas, kain atau sampah. Amat berbahaya digunakan untuk kebakaran elektrik kerana ia konduktor elektrik yang sangat baik.

5. METAL POWDER - Digunakan bagi memadam kebakaran logam seperti: - Potaosium- Sodium- Kalsium- Magnesium


P.A.S.S:

Apa itu PASS?
Ia adalah suatu singkatan bagi kaedah memadam api dengan betul.

PULL:TARIK - Tarik picu pin

AIM:HALA - Hala ke arah api

SQUEEZE:SEMBUR - Sembur alat pemadam api

SWEEP:LAYANG - Layangkan nozel ke kiri dan ke kanan agar api segera padam.



CARA MENGGUNAKAN ALAT PEMADAM API

Terdapat pelbagai jenis serta saiz alat pemadam api. Cara penggunaan atau pengendaliannya adalah seperti berikut:-

1. Pilih jenis alat pemadam api yang sesuai

2. Ikut arah angin semasa menggunakannya

3. Praktikkan penggunaan kaedah PASS


KELAS API:KELAS “A”(Api pepejal)solid fire- Api kayu- Api kertas- Api Sampah- Api kainMedium pemadaman: Air & Debu kering

KELAS “B”(Api Cecair)Liquid Fire- Api Minyak- Api Cat- Api VarnishMedium pemadaman: Buih, Debu kering dan Varpourising liquid

KELAS “C”(Api Wap dan Gas)gas &Stim Fire- Butana- Propane- Oxy acetalane- Gas (LPG)Medium pemadaman: Debu kering, Karbon Dioksida (Co2) & Varpourising liquid

KELAS “D”(Api Logam)Matel Fire- Potaosium- Sodium- Kalsium- Magnesium
Medium pemadaman: Soda Ash, Pasir, Debu Kering & Matel serta Powder

Api Elektrik -Kebakaran ini tidak termasuk dalam kelas-kelas api dan boleh dipadam dengan menggunakan alat pemadam api yang sesuai. Debu Kering, Karbon Dioksida & Varpourising liquid.


ALAT PEMADAM API JENIS AIR AMAT BERBAHAYA DIGUNAKAN BAGI KEBAKARAN ELEKTRIK.

5 comments:

  1. boleh tak sy kongsi di website sy? www.pwf.my

    ReplyDelete
  2. hai nk tanya kenapa co 2 gas xde presure gauge

    ReplyDelete
  3. Kalau untuk api Dari dapur gas, yang Mana sesuai ya

    ReplyDelete
  4. Kami adalah Pembekal Alat Pemadam Api Jenama Peace World Fire iaitu Syarikat & Kilang Bumiputera terbesar di Malaysia. Layari https://pwf.my untuk maklumat lanjut. Terima kasih admin.

    ReplyDelete